Concrete Canvas® ialah
Geosynthetic Cementitious Composite Mat (GCCM), sebahagian dari bahan pembinaan
dalam kelas yang terbaharu. Ia adalah fabrik mudah lentur berisi serbuk konkrit
kering yang akan mengeras selepas disiram dengan air untuk membentuk satu
lapisan konkrit nipis yang tahan lasak, kalis air dan tahan api. Sila ikut
arahan dibawah untuk penghidratan CC yang betul selepas dipasang.
SIRAM PERMUKAAN FABRIK DENGAN AIR
SELAMA BEBERAPA MINIT SEHINGGA IA TERASA BASAH APABILA DISENTUH.
Siram semula Concrete Canvas
selepas 1 jam jika :
- Memasang 5mm CC (Cc5)
- Memasang CC di atas permukaan
yang curam atau menegak
Isipadu Minima air yang
diperlukan bagi setiap jenis CC:
Nota:
-
Air yang berlebihan adalah digalakkan. CC akan mengeras di dalam air
biasa dan di dalam air masin.
-
CC haruslah disiram dengan secara aktif. Contohnya, jangan bergantung
kepada air hujan atau salji cair.
-
Jangan halakan pancutan air bertekanan tinggi secara terus ke atas CC
kerana ini akan mengakibatkan terjadinya alur di dalam CC yang belum mengeras.
- CC mempunyai tempoh aktif di
antara 1 ke 2 jam selepas penghidratan. Jangan alihkan atau pijak CC sebaik
sahaja ianya mula mengeras.
- Tempoh aktif CC akan berkurang
di dalam cuaca panas dan bertambah di dalam cuaca amat sejuk.
- CC akan mengeras dalam 24 jam
tetapi akan bertambah kekuatannya selepas beberapa lama (biasanya 100 % dalam
masa seminggu).
- Jika CC tidak dibasahi dengan
cukup, atau mengering selepas 5 jam yang pertama, proses pengerasan akan
tergendala dan kekuatan CC berkurang. Jika proses pengerasan tidak lancar
elakkan dari memijak CC dan ulang siram dengan air yang banyak.
- Cuaca kering akan menjejaskan
CC pada 5 jam yang pertama selepasa penghidratan yang mengakibatkan kehilangan
air yang banyak dan menghalang penambahan kekuatan CC mengikut spesifikasi yang
ditetapkan.
Pemasangan Dalam Cuaca Kering :
Keadaan cuaca kering boleh
memberi kesan kepada CC dalam tempoh 5 jam pertama selepas penghidratan yang
mengakibatkan kehilangan air yang banyak dan menghalang pertambahan kekuatan
mengikut spesifikasi.
1) Cuaca kering berlaku apabila
salah satu atau lebih keadaan yang berikut : suhu udara yang tinggi (lebih dari
22°C), angin (lebih dari 12km/h), sinaran matahari yang terik atau tahap
kelembapan yang rendah (kurang dari 70%).- Siram di waktu senja, jika boleh,
dan ulang siram selepas 2 ke 3 jam selepas siraman pertama.
2) Jika cuaca terlalu kering,
(suhu lebih dari 28°C), tiupan angin tahap sederhana hingga kuat (lebih dari
20km/j), sinaran matahari yang terik, atau kelembapan rendah (kurang dari 70%),
siram diwaktu senja jika boleh. Pantau dalam 5 jam pertama dan ulang siram
sebaik sahaja permukaan CC tidak lagi basah apabila disentuh atau ulang siram
selang sejam. Kaedah lain untuk mengurangkan sejatan seperti menutup CC boleh
juga digunakan.
- Dalam cuaca kering CC mesti
diperiksa selepas 24 jam.
Jika disyaki CC menjadi terlalu
kering :- Ulang siram, mengikut arahan seperti di atas. Ini biasanya akan
membolehkan CC menambah kekuatan
mengikut spesifikasi, dengan syarat CC tidak dipijak atau rosak sebelum
mengeras secara sempurna.
Penyimpanan :
- CC mestilah disimpan di bawah
lindungan dalam persekitaran kering jauh dari pancaran matahari dan di dalam
bungkusan pengilang.
- Adalah tidak digalakkan untuk
menyimpan CC di dalam kontena kapal di bawah pancaran matahari di mana suhu
melebihi 40°C untuk tempoh yang lama.
- Jika disimpan dengan cara yang betul CC
mempunyai jangkahayat selama 24 bulan. Jika disimpan lebih lama ianya mungkin
masih boleh digunakan dalam keadaan tertentu.
No comments:
Post a Comment