PEMASANGAN YANG CEPAT
Hanya buka gulungan dan letakkkan
CC ke atas sebarang permukaan dan tambahkan air. CC juga terdapat dalam bentuk
gulungan mudah-alih untuk aplikasi dengan jalan masuk yang terhad. Tempoh
penyiapan adalah sehingga 10x lebih
cepat berbanding konkrit biasa( mencapai 200m²/sejam bagi alas longkang dan
500m²/sehari bagi perlindungan cerun). Sebatian konkrit ini sudah dicampur,
jadi tidak perlu lagi proses membancuh, menyukat dan memampat. CC mempunyai
tempoh aktif selama 2 jam selepas penghidratan dan boleh dipasang di dalam
keadaan cuaca basah, untuk mengurangkan gangguan kerja.
MUDAH DIPASANG
CC mempunyai kesan lojistik yang
rendah. Gulungan-gulungan CC mudah di bawa menggunakan kenderaan biasa, ini
mengurangkan pergerakan kenderaan akibat dari pengurangan isipadu dan berat. CC
selamat untuk di gunakan dan latihan yang minima diperlukan. Penggunaan CC menghapuskan risiko yang
berkaitan dengan pantulan dari shotcrete dan puing atau kemalangan yang berlaku
akibat penggunaan jentera berat. Ia
boleh dipasang di dalam keadaan cuaca buruk. Sebatian konkrit ini sudah
dicampur, jadi tidak perlu lagi proses membancuh, menyukat dan memampat.
KOS PROJEK YANG RENDAH
Pemasangan yang cepat dan mudah
bermakna CC adalah lebih menjimatkan kos berbanding konkrit biasa, dengan beban
lojistik yang berkurangan. Lebihan bahan jarang berlaku. Bahagian yang lebih
boleh digunakan untuk pojek yang seterusnya. Acuan atau penyokong tambahan tidak diperlukan. CC boleh dipotong
mengikut keperluan dengan menggunakan peralatan memotong biasa, seterusnya
mengurangkan pembaziran. Gulungan 8mm tebal adalah memadai untuk kebanyakan
aplikasi cerun dan alas longkang. CC juga menjimatkan kos pengangkutan :
Sehingga 200m² CC boleh dihantar di atas
satu palet; cukup untuk menggantikan dua trak pembancuh simen bermuatan penuh.
MESRA ALAM
Kadar penggunaan air untuk penghidratan concrete
canvas adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pembinaan konkrit di tapak
kerja. CC adalah teknologi berjisim rendah dan kandungan karbon rendah yang
memungkinkan penjimatan bahan sehingga 95% berbanding konkrit biasa dalam
pelbagai aplikasi. Ia boleh menggantikan antara 100 ke 150mm konkrit tuang
untuk aplikasi permukaan, ini mengurangkan kesan karbon di tapak pembinaan. CC
juga mempunyai kadar aliran keluar bahan yang rendah. Simen yang digunakan di
dalam CC mempunyai kandungan alkali yang terhad. Ia tidak diklasifikasikan
sebagai bahan peradang dan tidak merosakkan hidupan air. Ia juga boleh dipasang
di dalam air yang mengalir. CC telah dinilai dan diluluskan penggunaannya oleh
Agensi Alam Sekitar, UK untuk beberapa projek di UK. Kadar resapan CC adalah
selamat di bawah had yang ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar
Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment