Tuesday, 27 December 2016

CONCRETE CANVAS - PENGENALAN



Concrete Canvas® adalah sebahagian dari bahan pembinaan dalam kelas yang terbaharu yang dipanggil Geosynthetic Cementitious Composite Mats (GCCM). Ianya adalah fabrik seperti karpet yang berisi serbuk konkrit, yang akan menjadi keras selepas disirami air untuk membentuk satu lapisan nipis konkrit yang tahan lama, kalis air dan tahan api. Secara asasnya  ia adalah konkrit dalam gulungan. Concrete Canvas® GCCM (CC) memungkinkan pembinaan struktur konkrit tanpa memerlukan loji atau mesin pembancuh: Hanya tambahkan air.

CC terdiri dari matriks fabrik 3-dimensi yang mengandungi sebatian konkrit kering yang dirumus khas. Lapisan PVC di salah satu permukaan CC memastikan bahan ini kalis air sepenuhnya. CC boleh di hidratkan samada melalui kaedah siraman atau rendaman di dalam air. Apabila ia keras sepenuhnya, jalinan serat di dalamnya akan mengukuhkan konkrit, menghalang penyebaran retak dan memberi keanjalan kepada bahan ini. 

Concrete Canvas® GCCM boleh didapati dalam 3 ketebalan : CC5™, Cc8™  dan CC13™, iaitu masing-masing 5, 8 dan 13mm tebal.


CIRI-CIRI FIZIKAL CONCRETE CANVAS® GCCM
Permukaan Atas Fiber
Simen Yang Diperkukuh Fiber
 Membran CC

Concrete Canvas siap dikilangkan dalam bentuk gulungan. Terdapat dua bentuk gulungan iaitu Batched Roll yang mudah dibawa dan Bulk Roll yang memerlukan jentera berat untuk mengangkatnya.
BATCHED ROLL
 BULK ROLL

Di bawah ini adalah ciri-ciri piawai Concrete Canvas

Kumpulan Daeng Niaga Sdn Bhd ialah pengedar tunggal untuk produk-produk dari CONCRETE CANVAS UK LTD. iaitu Concrete Canvas GCCM dan CC Hydro. Blog ini akan menerangkan secara terperinci mengenai Concrete Canvas GCCM dan CC Hydro. Segala pertanyaan mengenai produk kami sila berhubung melalui email atau telefon.
Email : daengniagagroup@gmail.com
Tel : 019-2698313
 






No comments:

Post a Comment