Tuesday, 3 January 2017

Panduan Pemasangan Concrete Canvas GCCM : Pelapik Longkang (Ditch Lining)

Concrete Canvas® adalah sebahagian dari bahan pembinaan inovatif dalam kelas terbaharu yang diklasifikasikan sebagai Geosynthetic Cementitious Composite Mats (GCCMs). Ianya adalah sejenis fabrik mudah lentur yang diisi dengan sebatian konkrit dan akan mengeras apabila terkena air untuk menghasilkan satu lapisan konkrit yang nipis, tahan lasak, kalis air dan kalis api. Secara asasnya, ia adalah konkrit dalam bentuk gulungan.



Risalah panduan yang berikut akan memberi penerangan yang berguna untuk kontraktor, pelanggan dan   perunding sebagai satu gambaran ringkas teknik pemasangan untuk mengalas saliran menggunakan CC. Sifat CC yang serbaguna bermakna dokumen ini tidak membincangkan secara mendalam dan hanya sebagai garis panduan sahaja.


Berikut adalah beberapa persoalan utama yang perlu diambilkira sebelum menetapkan atau membeli CC:


Ketebalan yang diperlukan ?

CC boleh didapati dalam 3 ketebalan, CC5™ (5mm), CC8™ (8mm) and CC13™ (13mm).

• CC5™ boleh digunakan untuk melapik longkang saliran dengan permukaan yang keras contohnya apabila melapik parit konkrit sedia ada atau melapik di atas permukaan batu. CC5™ boleh juga digunakan untuk kerja-kerja sementara.

• CC8™ adalah ketebalan yang dispesifikasikan untuk pelapik longkang  dan disyorkan melainkan salah satu keadaan-keadaan di atas dan di bawah berlaku.

• CC13™ boleh dipertimbangkan apabila sesuatu longkang saliran itu akan ada pergerakan manusia, terdedah kepada kadar sampah sarap atau puing yang tinggi, kadar aliran air lebih dari 8.6m/saat atau apabila tanah curam atau tidak stabil.


Format yang mana?
CC boleh didapati dalam gulungan saiz besar  bulk roll (1.5Tan to 1.6Tan) atau gulungan bersaiz kecil batched rolls (60kg to 70kg). Sila lihat jadual produk di bawah untuk spesifikasi yang tepat. Kaedah pemasangan yang paling cepat ialah dengan meletakkan palang besi di tengah gulungan CC dan menarik CC keluar dari gulungannya. Untuk kerja-kerja di mana jentera berat untuk mengangkut CC tidak dapat digunakan atau jalan masuk terhad, batched roll sesuai untuk digunakan.


Kedudukan yang mana?

CC boleh diletakkan mengikut bahagian panjang longkang (membujur) atau bahagian lebar (melintang). CC5™ datang dengan lebar 1.0m, CC8™ dan CC13™ dengan lebar gulungan 1.1m. Untuk mengelakkan pembaziran, bentuk profil saluran mestilah di ambil kira. Beberapa contoh profil diberi di bawah berdasarkan jarak bertindih 100mm di antara lapisan yang bersebelahan. Perhatian mestilah diberi untuk meletakkan bahagian bertindih mengikut arah aliran air(seperti kedudukan atap genting di bumbung).


Memasang pada kedudukan membujur adalah lebih cepat berbanding melintang. Walau bagaimanapun melintang adalah lebih sesuai jika :

• tebing sisi saluran melebihi ketinggian 0.8m kerana ini akan menyukarkan pemasangan CC jika dalam kedudukan membujur
 

 atau

• bentuk geometri saluran menjadikan kedudukan membujur akan menyebabkan pembaziran bahan
 
Kaedah pemasangan yang mana?
CC boleh dipasang disepanjang bahu longkang dengan menggunakan pancang, parit penambat, atau kedua-duanya sekali. Pancang besi dengan panjang 250mm dan 380mm boleh digunakan untuk berbagai keadaan tanah. Jarak pancang adalah berlainan bergantung kepada muatan dan keadaan aliran. Walaubagaimanapun, untuk kedudukan membujur  jarak pancang adalah setiap 2m di dalam parit penambat, sementara untuk kedudukan melintang pancang diletakkan di setiap bahagian besambung (jarak 1m).


Selain memasang pancang di bahagian tepi CC kami juga mengesyorkan menanam CC ke dalam bahu longkang  dengan menggunakan parit penambat untuk mengelakkan CC ditolak dari bawah oleh aliran air permukaan; ini adalah sangat penting untuk longkang pemintas yang mengalirkan air di sepanjang sisi tepinya. Menanam CC  di dalam parit penambat juga memberi peralihan estetik yang kemas dengan persekitaran keliling. Parit penambat yang biasa digunakan untuk menghalang tolakan air selalunya sedalam  150-300mm bergantung kepada keadaan tanah.

Parit penambat yang direkabentuk dengan betul boleh dijadikan sebagai pengganti kepada pancang tetapi biasanya digunakan utnuk aplikasi aliran air rendah atau di mana penggunaan CC tidak sesuai kerana lokasi tapak kerja di infrastruktur bawah tanah yang sensitif seperti kabel berkuasa tinggi.


Jenis sambungan?

CC boleh disambungkan disepanjang bahagian bertindih dengan menggunakan skru, gam sealant, simen grout atau thermal welding. Sebahagian besar kerja-kerja pelapik longkang menggunakan skru untuk sambungan kerana ia memberikan cantuman yang bagus dan kadar kalis air yang bagus untuk kebanyakan aplikasi saliran.


Kami mencadangkan menggunakan skru tahan karat yang dipasang pada setiap 200mm  di sepanjang bahagian bersambung. Skru mestilah diletakkan pada kedudukan 30-50mm dari tepi sambungan dan dipasang sebelum penghidratan atau sebaik sahaja selesai penghidratan. Konkrit di dalam CC kemudiannya akan mengeras disekeliling benang skru.



Pemasangan
1. Penyediaan Tapak

CC akan mengikut rapat rupabentuk permukaan longkang di bawahnya, oleh itu segala tumbuhan dan batuan yang menonjol atau tajam mestilah dibuang. Longkang-longkang mestilah mempunyai bentuk profil yang sama untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan di masa hadapan dan di mana boleh satu parit penambat yang cetek bolehlah digali disepanjang bahu longkang. 

2. Meletakkan CC

Tatacara meletakkan bulk roll dan batched roll secara asasnya adalah sama. Bukakan pembungkus dan lepaskan gulungan CC ke dalam longkang dengan memastikan permukaan fiber menghadap ke atas, dengan lapisan membran PVC menyentuh tanah. Untuk kedudukan melintang, masukkan bahagian hujung CC ke dalam parit penambat sebelum memotongnya mengikut keperluan.

3. Kedudukan dan Pemasangan CC

Apabila menentukan kedudukan lapisan yang seterusnya pastikan ada lebih dari 100mm jarak bahagian bertindih di antara lapisan CC mengikut arah aliran air. Pasakkan CC di dalam parit penambat, di setiap sambungan bertindih untuk kedudukan melintang, atau setiap jarak 2m untuk kedudukan membujur.
4. Penghidratan Bahagian Bertindih
Permukaan fabrik lapisan CC yang di bawah hendaklah disiram dengan air juga. Sebaik sahaja disiram, bahan tersebut masih boleh dibentuk dalam tempoh 1 ke 2 jam.

5. Menyambung CC

Pasangkan skru tahan karat setiap 200mm@8in di tengah sambungan, 30-50mm dari tepi bahagian bersambung (minima 100mm@4in lebar bahagian bersambung). Peralatan yang sesuai untuk memasang skru ialah power drill yang dipasang dengan pemutar skru. Tahap kalis air bahagian bersambung boleh dipertingkatkan dengan menggunakan glu sealant yang diletakkan di antara dua lapisan yang bersentuh, iaitu sebelum memasang skru.

6. Penghidratan CC
Selepas memasang dan menyambung, siram CC dengan air untuk penghidratan. Isipadu minima air yang diperlukan ialah bersamaan 50% dari berat bahan. Sebagai contohnya, CC8™ memerlukan 6 liter air untuk setiap 1 meter persegi.  CC tidak ada masalah jika air berlebih atau direndam di dalam air.  Untuk memastikan penghidratan yang sempurna, CC mestilah terasa basah apabila disentuh selepas beberapa minit.

Siram semula CC selepas 1 jam jika, memasang di cerun yang curam atau memasang dalam cuaca panas. Sila ambil perhatian yang anda tidak boleh bergantung kepada air hujan untuk penghidratan bahan tersebut.
7. Simpang, Penyekat dan Penamat 
CC mudah untuk dibentuk sebelum ia mengeras dan boleh direka untuk membentuk simpang dan penamat. Penyekat boleh dibentuk dengan meletakkan CC di atas struktur yang dibina seperti guni pasir. CC boleh dicantum kepada infrastruktur konkrit yang sedia ada dengan menggunakan wall plug untuk konkrit atau konkrit tuang.
 8. Mengeras

CC akan mengeras hingga ke tahap kekuatan 80% dalam tempoh 24 jam dan sedia untuk digunakan.
9. Penyelenggaraan
Longkang yang dilapik dengan CC memerlukan penyelenggaraan yang minima, memberi perlindungan jangka panjang dari hakis kaut, mengurangkan pengumpulan lumpur dan menjadi penghalang rumput yang berkesan. 


Contoh Kemasan

 

No comments:

Post a Comment