Wednesday, 4 January 2017

PANDUAN PEMASANGAN : PERLINDUNGAN DAN PENSTABILAN CERUN



Concrete Canvas® adalah sebahagian dari bahan pembinaan inovatif dalam kelas terbaharu yang diklasifikasikan sebagai Geosynthetic Cementitious Composite Mats (GCCMs). Ianya adalah sejenis fabrik mudah lentur yang diisi dengan sebatian konkrit dan akan mengeras apabila terkena air untuk menghasilkan satu lapisan konkrit yang nipis, tahan lasak, kalis air dan kalis api. Secara asasnya, ia adalah konkrit dalam bentuk gulungan. Concrete Canvas boleh digunakan untuk menghasilkan satu permukaan keras sebagai penghalang hakisan untuk melindungi cerun, alur limpah, longkang dan tembok penghalang air.  CC selalunya digunakan sebagai alternatif kepada konkrit biasa, contohnya shotcrete, dan juga apabila cerun yang ditumbuhi semak tidak sesuai untuk menggunakan kaedah lain akibat dari kadar aliran air yang tinggi, cuaca kering atau keadaan tanah yang teruk.

Risalah panduan yang berikut akan memberi penerangan yang berguna untuk kontraktor, pelanggan dan   perunding sebagai satu gambaran ringkas teknik pemasangan untuk perlindungan cerun menggunakan CC. Ianya mesti digunakan bersama dengan risalah panduan yang berkenaan seperti Panduan Penyambungan Dan Pemasangan CC. Sifat CC yang serbaguna bermakna dokumen ini tidak membincangkan secara mendalam dan hanya sebagai garis panduan sahaja.



Berikut adalah beberapa persoalan utama yang perlu diambilkira sebelum menetapkan atau membeli CC:

Kaedah Perlindungan Cerun atau Penstabilan Cerun?
Perlindungan Cerun sesuai untuk kaedah dimana struktur cerun itu secara semulajadinya adalah stabil tetapi permukaannya mudah terhakis akibat dari kesan cuaca dan gelinciran. Lazimnya keadaan ini berlaku pada permukaan keras batupasir seperti contoh projek CC Alcobendas Tunnel Station. Atau pada cerun yang terdiri dari campuran batu dan tanah, dimana hujan menyebabkan kehilangan jisim-jisim kecil yang menyumbang kepada risiko ketidakstabilan cerun tersebut,  seperti contoh projek CC Alcobendas Tunnel Station, Sepanyol.

Penstabilan Cerun sesuai digunakan apabila struktur cerun tersebut tidak stabil dan berisiko untuk mengalami gelinciran yang dalam (sebahagian besar cerun runtuh). Keadaan ini mungkin akibat peleraian tanah oleh air atau faktor lain seperti gegaran tanah. Kaedah biasa termasuklah shotcrete (gunite), jaring besi dan paku tanah (soil nail) yang digunakan untuk menstabilkan cerun dengan cara pengukuhan struktur. CC boleh mengambilalih peranan komponen shotcrete dalam berbagai projek tetapi mestilah dimasukkan sebagai sebahagian dari penyelesaian yang direka oleh jurutera geoteknikal bertauliah. Contoh terbaik ialah projek CC Jalan Kasawari, Puchong.



Panduan ini memberi tumpuan kepada perlindungan cerun, walau bagaimana pun teknik yang sama boleh digunakan untuk penstabilan cerun. 


Ketebalan?
   CC boleh didapati dalam 3 ketebalan, CC5™ (5mm), CC8™ (8mm) dan CC13™ (13mm). 
  ~ CC5™ adalah ketebalan yang biasa digunakan untuk perlindungan cerun dan sesuai untuk semua kaedah dimana aliran air permukaan adalah terus dari air hujan.
  ~ CC8™ boleh dipertimbangkan untuk keadaan dimana cerun tersebut akan mengalami aliran air yang banyak, contohnya alur limpah (spillways) dan muara sungai atau parit dan kadar aliran air dibawah 8.6m/s.
  ~ CC13™ boleh dipertimbangkan untuk keadaan dimana kadar aliran air adalah lebih dari 8.6m/s atau apabila CC dijangka akan mengalami hentaman dari  sampah sarap atau kadar hakisan yang tinggi.
   
    Format?
CC boleh didapati dalam bentuk gulungan besar bulk rolls (1.5 - 1.6 Tan) atau gulungan kecil batched rolls yang boleh diangkat dengan tenaga manusia (60 - 70kg). Pemasangan paling cepat jika menggunakan bulk roll yang digantung pada palang besi. Untuk keadaan tapak kerja yang tidak memungkinkan penggunaan jentera berat, batched roll boleh digunakan. 



Posisi Atur Letak?
Amalan biasa adalah dengan meletakkan CC secara membujur ke bawah sepanjang cerun kerana ini adalah cara terpantas untuk memasang dan memudahkan setiap gulungan selamat dipasang dipuncak cerun. Dalam kedudukan melintang CC mestilah dipastikan dipasang  dengan bahagian bertindih (overlap) diletakkan mengikut arah aliran air (seperti memasang atap rumah).


Batuan : 
CC boleh dipasang pada lapisan batu dengan menggunakan rock bolts; bilangan dan jenis alat pemasangan mestilah berdasarkan daya tarikan yang diperlukan. Bentuk kepala yang bersesuaian mestilah dipilih untuk mengelakkan tekanan berkumpul.

  


Kaedah penyambungan yang mana?
Kaedah penyambungan yang sesuai mestilah dipilih berdasarkan keperluan kadar beban dan ketidaktelapan (impermeability) sesuatu projek. Kaedah piawai penyambungan untuk perlindungan cerun adalah dengan memasang skru pada sambungan yang akan memberi sambungan mekanikal yang baik dan kadar ketidaktelapan yang memadai untuk kebanyakan projek perlindungan cerun.  Adalah disarankan untuk menggunakan skru stainless steel yang dipasang pada jarak setiap 200mm sepanjang sambungan bertindih. Skru hendaklah dipasang pada kedudukan antara 30-50mm dari sisi tepi sambungan dan dipasang sebelum proses hidrasi atau sebaik sahaja selesai proses hidrasi. Sebatian konkrit di dalam CC akan mengeras disekeliling benang skru. Sila rujuk pada dokumen Panduan Penggunaan:Penyambungan dan Pemasangan untuk mengetahui tentang kaedah penyambungan yang lain.

Jikalau kadar ketidaktelapan yang tinggi diperlukan (sebagai contoh di muara) adalah disarankan untuk meletakkan glu sealant (adhesive sealant) pada bahagian dalam sambungan sebelum memasang skru. Jika penggunaan skru tidak sesuai (contohnya jika memasang pada geomembran) penggunaan glu atau mortar konkrit boleh digunakan.


Pemasangan


1. Penyediaan Tapak
CC akan mengikut rapat bentuk permukaan cerun.  Untuk cerun dengan kadar permukaan beralun yang tinggi adalah disaran membuat kerja-kerja penggredan cerun jika boleh, bertujuan untuk mengurangkan lompong antara CC dan permukaan. Jika ada keperluan untuk melakukan penggredan cerun, bahagian lompong boleh dikurangkan dengan kaedah yang sesuai. Untuk hasil yang menarik adalah disarankan untuk membuang tanah lerai, tumbuh-tumbuhan, tanah lembut dan batu-batuan yang menonjol. 




2. Meletak dan Memasang CC
Cara paling cepat untuk meletakkan CC ialah dengan menggunakan bulk roll yang digantung dari palang besi. Jika jentera berat tidak ada akses untuk masuk ke kawasan tapak kerja, batched rolls boleh digunakan. Kaedah untuk meletakkan bulk rolls dan batched rolls adalah sama.
Apabila  meletakkan CC pastikan bahagian fabrik menghadap ke atas dan lapisan PVC menyentuh permukaan tanah. Untuk kedudukan menegak CC mestilah ditambat di puncak cerun, dengan menggunakan salah satu dari kaedah yang tersebut diatas, kemudian dilepaskan terbuka ke arah bawah cerun.
3. Kedudukan dan Kemasan CC
Apabila menentukan kedudukan CC yang seterusnya, pastikan ada jarak paling kurang 100mm(4in) pada bahagian yang bersambung (overlap) dan bahagian sambungan mengikut arah aliran air (biasanya untuk kedudukan melintang). CC mesti dipasakkan ke permukaan cerun untuk kemasan dan untuk memberi sokongan tambahan. Adalah lebih elok jika lokasi pancang ditentukan mengikut sepanjang sambungan jika boleh, pastikan bahagian sambungan disiram dengan air dahulu.
4. Penghidratan CC
Apabila sudah di tentukan kedudukan, CC mestilah di siram dengan air (air laut boleh digunakan). Siram permukaan fiber dengan air sehingga basah setelah beberapa minit. Air yang banyak boleh digunakan kerana CC tidak menyimpan air yang lebih (nisbah yang minima untuk air : CC ialah 1 nisbah 2 berdasarkan berat). Ulang proses siraman selepas 1 jam jika memasang CC5, memasang di cerun curam atau memasang dalam cuaca panas. Adalah penting untuk bahagian bersambung dan parit penambat dihidratkan dengan betul. Sila rujuk kepada Panduan Penghidratan CC untuk (CC Hydration Guide) arahan yang betul prosedur penghidratan. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh bergantung kepada air hujan untuk proses penghidratan CC.
5. Menyambung CC
Kaedah penyambungan paling cepat dan senang ialah dengan menggunakan skru keluli tahan karat dalam jarak selang 200mm. Jika sambungan skru tidak sesuai, boleh menggunakan kaedah lain seperti sealant dan simen grout.
6. Proses Pengerasan 
Setelah proses penghidratan, CC boleh di ubah kedudukannya atau alih dalam tempuh 1-2 jam. Dalam keadaan cuaca panas, masa bekerja CC mungkin berkurangan. CC akan mengeras ke tahap  80% dari kekuatannya dan boleh digunakan selepas tempoh 24 jam.

7. Penyelenggaraan 
Dalam keadaan yang sesuai, CC akan 'menghijau' apabila ditumbuhi lumut dan bersatu dengan alam sekitarnya. Permukaan CC juga boleh dicat dengan cat simen yang sesuai jika diperlukan.


 

 


 






 




No comments:

Post a Comment