Monday 2 January 2017

PANDUAN PENGGUNAAN : MENYAMBUNG DAN MEMASANG CONCRETE CANVAS® GCCM

Panduan yang berikut memberi penerangan yang berguna mengenai Concrete Canvas® GCCM (CC) untuk kontraktor, pelanggan dan jurutera. Ianya memberi gambaran keseluruhan tentang kaedah menyambung dan memasang bahan CC. Sifat CC yang serba guna bermakna dokumen ini tidak menyentuh secara menyeluruh mengenai kegunaan CC yang lain dan hanya membincangkan mengenai cara-cara pemasangan dan penyambungan CC sahaja.

Memotong Concrete Canvas   GCCM

Memotong CC lembut
‘Snap-off cutter’ boleh digunakan untuk memotong CC sebelum ia disiram air atau telah mengeras. Apabila memotong CC  jarak 15-20mm dari sisi tepi bahagian yang dipotong perlu dibiarkan kerana kemungkinan kehilangan sedikit bahan serbuk simen. Untuk projek besar di mana banyak pemotongan perlu dilakukan adalah disarankanuntuk   menggunakan  disc-cutter, angle grinder atau pemotong fabrik yang tajam.



Memotong CC Keras
CC yang telah mengeras boleh dipotong dengan menggunakan peralatan yang sama digunakan untuk memotong konkrit biasa, seperti disc cutter, angle grinder atau pemotong jubin berkualiti tinggi. Kepingan CC juga boleh dipotong dengan menggunakan waterjet cutter untuk keadaan di mana resolusi tinggi diperlukan untuk rekabentuk atau kerja-kerja ukiran.



Memasang Concrete Canvas® GCCM kepada bahan lain 
Tanah 
Pancang:
Pancang besi tahan karat berbentuk J (Galvanised steel J-pegs) berukuran 250mm ke 400mm panjang boleh digunakan. Pancang yang digunakan mestilah mempunyai hujung yang tajam untuk mudah menembusi CC dan rekaan kepalanya mestilah dapat mencakup permukaan CC. Panjang dan jarak pancang mestilah dipilih berdasarkan keadaan tanah dan kegunaannya.  Pancang mestilah dipasang di bahagian sambungan untuk mengikat lapisan CC bersama-sama. 

Parit Penambat:
Mengambus adalah cara yang berkesan untuk menambat hujung bahan ini apabila digunakan untuk kerja-kerja longkang dan cerun. Hujung CC sebanyak 400 mm ditanam dibahu longkang atau dipuncak cerun. Di dalam keadaan yang mengizinkan parit penambat boleh digali bersama dengan kaedah pancang. Ini akan membantu menghalang hakisan air di bawah lapisan CC dan juga menjadikan kemasan hujung yang rapi. Kami mengesyorkan penggunaan parit penambat untuk menambat CC jika keadaan mengizinkan.

Paku Tanah (Soil Nail) :
Untuk aplikasi beban yang tinggi atau apabila keadaan tanah tidak berapa bagus, seperti perlindungan cerun, penstabilan cerun atau kadar aliran air yang tinggi, adalah disarankan penggunaan CC digabungkan dengan soil nailing atau ground anchor. Rekabentuk plet penambat mestilah berbentuk bulat jika boleh atau mempunyai lengkok di hujungnya untuk mengelakkan tekanan bertumpu di satu-satu bahagian sahaja. Spesifikasi paku tanah (soil nail) dan plet penambat (anchor plate) mestilah diluluskan oleh jurutera geoteknikal yang berkelayakan.
Konkrit 
Mortar:
Mortar yang sesuai boleh digunakan untuk menyambung dan melekatkan CC ke struktur konkrit sedia ada seperti ke atas tembok dan kepingan konkrit. . Kebanyakan mortar dipasaran akan melekat kuat kepada permukaan fabrik CC. Kami mengesyorkan mortar digunakan sebaik sahaja penghidratan atau penyiraman  CC.
  
Pemasangan Menggunakan Bolt :
Pelbagai kaedah pemasangan biasa untuk pertukangan batu boleh digunakan untuk memasang CC kepada permukaan konkrit. Diameter paling minima untuk washer / kepala skru  yang disyorkan ialah 15mm bagi mengelakkan lolos.



Batu
Rock Bolt / Wall Plug :
Untuk kegunaan pada permukaan keras atau batuan, bilangan dan jenis bolt atau plug yang digunakan mestilah dipilih berdasarkan kepada  keperluan daya tarikan (pull-out force). Rekaan kepala bolt/plug yang bersesuain mestilah dipilih untuk mengelakkan tekanan bertumpu di sesuatu titik sahaja. Ukuran minima diameter kepala yang disyorkan ialah 15mm dan plet berdiameter 150mm pernah digunakan.



Keluli
Dawai Keluli:
Dawai keluli juga boleh di gunakan untuk mengikat CC ke jaring dawai, gabion atau pagar dawai. CC mestilah diikat sebelum penghidratan.

Skru :
Skru yang boleh menggerudi besi adalah sesuai untuk mengikat CC kepada kepingan keluli. Penggunaan washer adalah digalakkan untuk mengelakkan skru lolos dari lubang. 

Kayu

Skru / Staple / Paku / Glu Sealant:
Pelbagai cara pemasangan konvensional boleh digunakan untuk melekatkan CC kepada permukaan kayu. Oleh kerana sifat CC sebelum keras adalah mudah lentur seperti fabrik tebal ianya boleh dipasang dengan menggunakan skru, stapler, paku atau glu sealant.


Memasang CC ke atas CC  GCCM®
Sambungan Berlapis



Kaedah sambungan ini sesuai untuk kebanyakan  applikasi CC dan caranya adalah dengan menyambung lapisan-lapisan CC  dengan menyambung bahagian yang bertindih dengan jarak minima 100mm (lihat Rajah 1). Untuk aplikasi kawalan hakisan, perhatian mestilah diberikan kepada kedudukan bahagian bertindih mengikut arah aliran air (seperti kedudukan kepingan atap). Apabila menyambung bahagian CC yang dipotong, bahan ini boleh dilipat untuk membentuk sambungan sendi, (lihat Rajah 2) yang akan menutup bahagian yang dipotong sekaligus menambah kekuatan sambungan diantara lapisan CC. Kami mengesyorkan mengikat sambungan bertindih dengan menggunakan salah satu kaedah-kaedah seperti di atas (sila ambil perhatian, adalah penting untuk menyiram bahagian di bawah sambungan sebelum memasang skru).

Skru
Penggunaan skru adalah sesuai untuk kebanyakan aplikasi kerana ianya cepat dan mudah untuk dilakukan, ianya memberi kekuatan mekanikal yang baik tetapi mempunyai ketidaktelapan yang terhad. Skru mestilah dipasang selang 200mm dan dalam 30-50mm dari sisi tepi CC. Skru mesti dipasang sebelum CC menjadi keras dan sebaik sahaja selesai proses penghidratan (CC mempunyai masa bekerja 1-2 jam ), supaya konkrit di sekeliling benang skru akan mengeras. Oleh sebab itu adalah penting skru yang digunakan mempunyai  benang penuh dan berukuran panjang minima setar dengan ketebalan bahagian bertindih. Skru yang biasa digunakan untuk menyambung CC boleh didapati di mana-mana kedai peralatan besi.

Skru & Sealant
Untuk aplikasi dimana ketidaktelapan yang tinggi diperlukan, CC boleh disambung menggunakan glu sealant).  Ini dilakukan dengan meletakkan satu jalur sealant selebar 8mm sepanjang lapisan yang akan disambung. Diatas sambungan sealant ini skru akan digunakan untuk menembusi lapisan yang bertindih untuk meminimakan kebocoran. Glu sealant yang bersesuaian boleh didapati dipasaran.

Glu Sealant
Untuk aplikasi di mana penggunaan skru tidak sesuai, contohnya apabila memasang CC ke atas permukaan konkrit atau geomembrane, glu sealant boleh digunakan. Ini mestilah di letakkan dalam dalam 2 jalur di antara bahagian bertindih (lihat rajah di bawah). Adalah penting untuk menyiram bahagian bertindih sebelum meletakkan glu sealant dan bahagian bersambung mestilah ditekan bersama untuk memaksimakan bahagian yang bersentuh dengan glu sealant.
Jaluran glu sealant mestilah sentiasa bersambung untuk memastikan kekuatan dan mutu sambungan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengilang.
Grout Konkrit
Untuk aplikasi di mana CC bertemu dengan struktur konkrit atau keadaan di mana sambungan yang kuat dan ketidaktelapan yang baik diperlukan, simen grout boleh digunakan ke atas bahagian yang bersambung. Grout boleh digunakan menggunakan peralatan tangan atau mesin penyembur konkrit. Ketebalan sambungan grout mestilah digunakan berpandukan Panduan Penggunaan Grout CC.

No comments:

Post a Comment