Friday 30 December 2016

Ciri-Ciri Utama Concrete Canvas® GCCM


KALIS AIR
CC mempunyai sifat kalis air yang bagus dan mempunyai kadar ketidaktelapan menyamai tanah liat.  Lapisan PVC di permukaan belakang CC memastikan bahan ini mempunyai tahap ketidaktelapan yang baik.

TAHAN LASAK
CC adalah dua kali ganda tahan kikisan berbanding konkrit simen Portland biasa, mempunyai daya bertahan yang bagus terhadap cuaca dan tidak akan merosot di bawah sinaran UV. CC mempunyai daya ketahanan yang panjang dengan jangka hayat minima selama 50 tahun dalam cuaca UK berdasarkan ujian jangka hayat yang dipercepatkan mengikut piawaian British BS EN 12467. Dalam ujian berulang beku-cair, panas-hujan dan basah-kering, CC menunjukkan kemerosotan yang minima. CC juga mempunyai ketahanan yang bagus dalam suhu rendah. Ia lulus ujian beku-cair sehingga 200 kitaran mengikut piawaian Amerika ASTM C1185.

TAHAN API
CC mempunyai sifat seperti  seramik. Ia mempunyai  daya bertahan yang baik dalam suhu yang tinggi dan boleh digunakan sebagai lapisan perlindungan kalis api untuk aplikasi-aplikasi yang khusus. Ia telah didedahkan kepada ujian Reaction to Fire dan telah mendapat sijil Euroclass B mengikut piawaian British BS EN 13501. CC telah diluluskan oleh US Mine Safety and Health Administration (MSHA) mengikut piawaian 30CFR, Part 7, subchapter B, Section 7.24.


TAHAN TINDAKBALAS KIMIA
CC mempunyai daya bertahan yang baik terhadap serangan kimia. Ia lebih berdaya tahan terhadap sebatian kimia yang agresif berbanding konkrit biasa berasaskan simen Portland.   CC telah berjaya melepasi ujian dengan merendamnya di dalam asid sehingga tahap pH 1.0 dan di dalam alkali sehingga tahap pH 12.5 selama 56 hari tanpa kehilangan kekuatannya. CC juga mempunyai daya bertahan yang baik terhadap sulfat, air bersulfat, air tanah dan air masin, dan ia juga mempunyai daya bertahan yang baik terhadap sebatian-sebatian yang biasa merosakkan konkrit berasaskan simen Portland; seperti air kumbahan, klorida, minyak lemak, minyak sayuran dan kebanyakan garam mineral.


KUAT

Ciri asas CC ialah tempoh yang singkat untuk mencapai kekuatan maksima. Kekuatan mampatan CC ialah 40MPa. Ujian mampatan adalah mengikut piawaian Amerika  ASTM C109 – 02 (retakan pertama) iaitu ujian tekanan kemampatan selama 10 hari. Fiber pengukuh menghalang keretakan, menyerap tenaga dari hentaman, dan memberikan keadaan yang stabil jika berlaku kerosakan. 


MUDAH LENTUR
CC mempunyai ciri seperti fabrik yang akan mengikut rapat bentuk tanah dan boleh dimuatkan disekeliling infrastruktur sedia ada. CC lembut boleh dipotong dengan menggunakan peralatan tangan yang asas.





No comments:

Post a Comment