Article on Concrete Canvas GCCM
http://www.nextbigfuture.com/2011/05/concrete-canvas.html
Friday, 3 February 2017
Monday, 9 January 2017
Wednesday, 4 January 2017
PANDUAN PEMASANGAN : PERLINDUNGAN DAN PENSTABILAN CERUN
Concrete Canvas® adalah
sebahagian dari bahan pembinaan inovatif dalam kelas terbaharu yang
diklasifikasikan sebagai Geosynthetic Cementitious Composite Mats (GCCMs).
Ianya adalah sejenis fabrik mudah lentur yang diisi dengan sebatian konkrit dan
akan mengeras apabila terkena air untuk menghasilkan satu lapisan konkrit yang
nipis, tahan lasak, kalis air dan kalis api. Secara asasnya, ia adalah konkrit
dalam bentuk gulungan. Concrete Canvas boleh digunakan untuk menghasilkan satu
permukaan keras sebagai penghalang hakisan untuk melindungi cerun, alur limpah,
longkang dan tembok penghalang air. CC
selalunya digunakan sebagai alternatif kepada konkrit biasa, contohnya
shotcrete, dan juga apabila cerun yang ditumbuhi semak tidak sesuai untuk
menggunakan kaedah lain akibat dari kadar aliran air yang tinggi, cuaca kering
atau keadaan tanah yang teruk.
Risalah panduan yang berikut akan
memberi penerangan yang berguna untuk kontraktor, pelanggan dan perunding sebagai satu gambaran ringkas
teknik pemasangan untuk perlindungan cerun menggunakan CC. Ianya mesti
digunakan bersama dengan risalah panduan yang berkenaan seperti Panduan
Penyambungan Dan Pemasangan CC. Sifat CC yang serbaguna bermakna dokumen ini
tidak membincangkan secara mendalam dan hanya sebagai garis panduan sahaja.
Berikut adalah beberapa persoalan
utama yang perlu diambilkira sebelum menetapkan atau membeli CC:
Kaedah Perlindungan Cerun atau
Penstabilan Cerun?
Perlindungan Cerun sesuai untuk
kaedah dimana struktur cerun itu secara semulajadinya adalah stabil tetapi
permukaannya mudah terhakis akibat dari kesan cuaca dan gelinciran. Lazimnya
keadaan ini berlaku pada permukaan keras batupasir seperti contoh projek CC
Alcobendas Tunnel Station. Atau pada cerun yang terdiri dari campuran batu dan
tanah, dimana hujan menyebabkan kehilangan jisim-jisim kecil yang menyumbang
kepada risiko ketidakstabilan cerun tersebut,
seperti contoh projek CC Alcobendas Tunnel Station, Sepanyol.
Panduan ini memberi tumpuan
kepada perlindungan cerun, walau bagaimana pun teknik yang sama boleh digunakan
untuk penstabilan cerun.
Ketebalan?
CC boleh didapati dalam 3 ketebalan,
CC5™ (5mm), CC8™ (8mm) dan CC13™ (13mm).
~ CC5™ adalah ketebalan yang biasa digunakan untuk
perlindungan cerun dan sesuai untuk semua kaedah dimana aliran air permukaan
adalah terus dari air hujan.
~ CC8™ boleh dipertimbangkan untuk keadaan dimana
cerun tersebut akan mengalami aliran air yang banyak, contohnya alur limpah
(spillways) dan muara sungai atau parit dan kadar aliran air dibawah 8.6m/s.
~ CC13™ boleh dipertimbangkan untuk keadaan dimana
kadar aliran air adalah lebih dari 8.6m/s atau apabila CC dijangka akan
mengalami hentaman dari sampah sarap
atau kadar hakisan yang tinggi.
Format?
CC boleh didapati dalam bentuk
gulungan besar bulk rolls (1.5 - 1.6 Tan) atau gulungan kecil batched rolls
yang boleh diangkat dengan tenaga manusia (60 - 70kg). Pemasangan paling cepat
jika menggunakan bulk roll yang digantung pada palang besi. Untuk keadaan tapak
kerja yang tidak memungkinkan penggunaan jentera berat, batched roll boleh
digunakan.
Posisi Atur Letak?
Amalan biasa adalah dengan
meletakkan CC secara membujur ke bawah sepanjang cerun kerana ini adalah cara
terpantas untuk memasang dan memudahkan setiap gulungan selamat dipasang
dipuncak cerun. Dalam kedudukan melintang CC mestilah dipastikan dipasang dengan bahagian bertindih (overlap)
diletakkan mengikut arah aliran air (seperti memasang atap rumah).
Batuan :
CC boleh dipasang pada lapisan
batu dengan menggunakan rock bolts; bilangan dan jenis alat pemasangan mestilah
berdasarkan daya tarikan yang diperlukan. Bentuk kepala yang bersesuaian
mestilah dipilih untuk mengelakkan tekanan berkumpul.
Kaedah penyambungan yang mana?
Kaedah penyambungan yang sesuai
mestilah dipilih berdasarkan keperluan kadar beban dan ketidaktelapan
(impermeability) sesuatu projek. Kaedah piawai penyambungan untuk perlindungan
cerun adalah dengan memasang skru pada sambungan yang akan memberi sambungan
mekanikal yang baik dan kadar ketidaktelapan yang memadai untuk kebanyakan
projek perlindungan cerun. Adalah
disarankan untuk menggunakan skru stainless steel yang dipasang pada jarak
setiap 200mm sepanjang sambungan bertindih. Skru hendaklah dipasang pada
kedudukan antara 30-50mm dari sisi tepi sambungan dan dipasang sebelum proses
hidrasi atau sebaik sahaja selesai proses hidrasi. Sebatian konkrit di dalam CC
akan mengeras disekeliling benang skru. Sila rujuk pada dokumen Panduan
Penggunaan:Penyambungan dan Pemasangan untuk mengetahui tentang kaedah
penyambungan yang lain.
Jikalau kadar ketidaktelapan yang
tinggi diperlukan (sebagai contoh di muara) adalah disarankan untuk meletakkan
glu sealant (adhesive sealant) pada bahagian dalam sambungan sebelum memasang
skru. Jika penggunaan skru tidak sesuai (contohnya jika memasang pada
geomembran) penggunaan glu atau mortar konkrit boleh digunakan.
Pemasangan
1. Penyediaan Tapak
CC akan mengikut rapat bentuk
permukaan cerun. Untuk cerun dengan
kadar permukaan beralun yang tinggi adalah disaran membuat kerja-kerja
penggredan cerun jika boleh, bertujuan untuk mengurangkan lompong antara CC dan
permukaan. Jika ada keperluan untuk melakukan penggredan cerun, bahagian
lompong boleh dikurangkan dengan kaedah yang sesuai. Untuk hasil yang menarik
adalah disarankan untuk membuang tanah lerai, tumbuh-tumbuhan, tanah lembut dan
batu-batuan yang menonjol.
2. Meletak dan Memasang CC
Cara paling cepat untuk
meletakkan CC ialah dengan menggunakan bulk roll yang digantung dari palang
besi. Jika jentera berat tidak ada akses untuk masuk ke kawasan tapak kerja,
batched rolls boleh digunakan. Kaedah untuk meletakkan bulk rolls dan batched
rolls adalah sama.
Apabila meletakkan CC pastikan bahagian fabrik
menghadap ke atas dan lapisan PVC menyentuh permukaan tanah. Untuk kedudukan
menegak CC mestilah ditambat di puncak cerun, dengan menggunakan salah satu
dari kaedah yang tersebut diatas, kemudian dilepaskan terbuka ke arah bawah
cerun.
3. Kedudukan dan Kemasan CC
Apabila menentukan kedudukan CC
yang seterusnya, pastikan ada jarak paling kurang 100mm(4in) pada bahagian yang
bersambung (overlap) dan bahagian sambungan mengikut arah aliran air (biasanya
untuk kedudukan melintang). CC mesti dipasakkan ke permukaan cerun untuk
kemasan dan untuk memberi sokongan tambahan. Adalah lebih elok jika lokasi
pancang ditentukan mengikut sepanjang sambungan jika boleh, pastikan bahagian
sambungan disiram dengan air dahulu.
4. Penghidratan CC
Apabila sudah di tentukan
kedudukan, CC mestilah di siram dengan air (air laut boleh digunakan). Siram
permukaan fiber dengan air sehingga basah setelah beberapa minit. Air yang
banyak boleh digunakan kerana CC tidak menyimpan air yang lebih (nisbah yang
minima untuk air : CC ialah 1 nisbah 2 berdasarkan berat). Ulang proses siraman
selepas 1 jam jika memasang CC5, memasang di cerun curam atau memasang dalam
cuaca panas. Adalah penting untuk bahagian bersambung dan parit penambat
dihidratkan dengan betul. Sila rujuk kepada Panduan Penghidratan CC untuk (CC
Hydration Guide) arahan yang betul prosedur penghidratan. Sila ambil perhatian
bahawa anda tidak boleh bergantung kepada air hujan untuk proses penghidratan
CC.
5. Menyambung CC
Kaedah penyambungan paling cepat
dan senang ialah dengan menggunakan skru keluli tahan karat dalam jarak selang
200mm. Jika sambungan skru tidak sesuai, boleh menggunakan kaedah lain seperti
sealant dan simen grout.
6. Proses Pengerasan
Setelah proses penghidratan, CC
boleh di ubah kedudukannya atau alih dalam tempuh 1-2 jam. Dalam keadaan cuaca
panas, masa bekerja CC mungkin berkurangan. CC akan mengeras ke tahap 80% dari kekuatannya dan boleh digunakan
selepas tempoh 24 jam.
7. Penyelenggaraan
Dalam keadaan yang sesuai, CC
akan 'menghijau' apabila ditumbuhi lumut dan bersatu dengan alam sekitarnya.
Permukaan CC juga boleh dicat dengan cat simen yang sesuai jika
diperlukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)