Friday, 30 December 2016

Faedah-Faedah Pengguna Concrete Canvas® GCCM



PEMASANGAN YANG CEPAT

Hanya buka gulungan dan letakkkan CC ke atas sebarang permukaan dan tambahkan air. CC juga terdapat dalam bentuk gulungan mudah-alih untuk aplikasi dengan jalan masuk yang terhad. Tempoh penyiapan adalah sehingga 10x  lebih cepat berbanding konkrit biasa( mencapai 200m²/sejam bagi alas longkang dan 500m²/sehari bagi perlindungan cerun). Sebatian konkrit ini sudah dicampur, jadi tidak perlu lagi proses membancuh, menyukat dan memampat. CC mempunyai tempoh aktif selama 2 jam selepas penghidratan dan boleh dipasang di dalam keadaan cuaca basah, untuk mengurangkan gangguan kerja. 
  
MUDAH DIPASANG
CC mempunyai kesan lojistik yang rendah. Gulungan-gulungan CC mudah di bawa menggunakan kenderaan biasa, ini mengurangkan pergerakan kenderaan akibat dari pengurangan isipadu dan berat. CC selamat untuk di gunakan dan latihan yang minima diperlukan.  Penggunaan CC menghapuskan risiko yang berkaitan dengan pantulan dari shotcrete dan puing atau kemalangan yang berlaku akibat penggunaan jentera berat.  Ia boleh dipasang di dalam keadaan cuaca buruk. Sebatian konkrit ini sudah dicampur, jadi tidak perlu lagi proses membancuh, menyukat dan memampat.


KOS PROJEK YANG RENDAH
Pemasangan yang cepat dan mudah bermakna CC adalah lebih menjimatkan kos berbanding konkrit biasa, dengan beban lojistik yang berkurangan. Lebihan bahan jarang berlaku. Bahagian yang lebih boleh digunakan untuk pojek yang seterusnya. Acuan atau penyokong  tambahan tidak diperlukan. CC boleh dipotong mengikut keperluan dengan menggunakan peralatan memotong biasa, seterusnya mengurangkan pembaziran. Gulungan 8mm tebal adalah memadai untuk kebanyakan aplikasi cerun dan alas longkang. CC juga menjimatkan kos pengangkutan : Sehingga 200m²  CC boleh dihantar di atas satu palet; cukup untuk menggantikan dua trak pembancuh simen bermuatan penuh. 
  
MESRA ALAM
Kadar penggunaan air untuk penghidratan concrete canvas adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pembinaan konkrit di tapak kerja. CC adalah teknologi berjisim rendah dan kandungan karbon rendah yang memungkinkan penjimatan bahan sehingga 95% berbanding konkrit biasa dalam pelbagai aplikasi. Ia boleh menggantikan antara 100 ke 150mm konkrit tuang untuk aplikasi permukaan, ini mengurangkan kesan karbon di tapak pembinaan. CC juga mempunyai kadar aliran keluar bahan yang rendah. Simen yang digunakan di dalam CC mempunyai kandungan alkali yang terhad. Ia tidak diklasifikasikan sebagai bahan peradang dan tidak merosakkan hidupan air. Ia juga boleh dipasang di dalam air yang mengalir. CC telah dinilai dan diluluskan penggunaannya oleh Agensi Alam Sekitar, UK untuk beberapa projek di UK. Kadar resapan CC adalah selamat di bawah had yang ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat. 

Ciri-Ciri Utama Concrete Canvas® GCCM


KALIS AIR
CC mempunyai sifat kalis air yang bagus dan mempunyai kadar ketidaktelapan menyamai tanah liat.  Lapisan PVC di permukaan belakang CC memastikan bahan ini mempunyai tahap ketidaktelapan yang baik.

TAHAN LASAK
CC adalah dua kali ganda tahan kikisan berbanding konkrit simen Portland biasa, mempunyai daya bertahan yang bagus terhadap cuaca dan tidak akan merosot di bawah sinaran UV. CC mempunyai daya ketahanan yang panjang dengan jangka hayat minima selama 50 tahun dalam cuaca UK berdasarkan ujian jangka hayat yang dipercepatkan mengikut piawaian British BS EN 12467. Dalam ujian berulang beku-cair, panas-hujan dan basah-kering, CC menunjukkan kemerosotan yang minima. CC juga mempunyai ketahanan yang bagus dalam suhu rendah. Ia lulus ujian beku-cair sehingga 200 kitaran mengikut piawaian Amerika ASTM C1185.

TAHAN API
CC mempunyai sifat seperti  seramik. Ia mempunyai  daya bertahan yang baik dalam suhu yang tinggi dan boleh digunakan sebagai lapisan perlindungan kalis api untuk aplikasi-aplikasi yang khusus. Ia telah didedahkan kepada ujian Reaction to Fire dan telah mendapat sijil Euroclass B mengikut piawaian British BS EN 13501. CC telah diluluskan oleh US Mine Safety and Health Administration (MSHA) mengikut piawaian 30CFR, Part 7, subchapter B, Section 7.24.


TAHAN TINDAKBALAS KIMIA
CC mempunyai daya bertahan yang baik terhadap serangan kimia. Ia lebih berdaya tahan terhadap sebatian kimia yang agresif berbanding konkrit biasa berasaskan simen Portland.   CC telah berjaya melepasi ujian dengan merendamnya di dalam asid sehingga tahap pH 1.0 dan di dalam alkali sehingga tahap pH 12.5 selama 56 hari tanpa kehilangan kekuatannya. CC juga mempunyai daya bertahan yang baik terhadap sulfat, air bersulfat, air tanah dan air masin, dan ia juga mempunyai daya bertahan yang baik terhadap sebatian-sebatian yang biasa merosakkan konkrit berasaskan simen Portland; seperti air kumbahan, klorida, minyak lemak, minyak sayuran dan kebanyakan garam mineral.


KUAT

Ciri asas CC ialah tempoh yang singkat untuk mencapai kekuatan maksima. Kekuatan mampatan CC ialah 40MPa. Ujian mampatan adalah mengikut piawaian Amerika  ASTM C109 – 02 (retakan pertama) iaitu ujian tekanan kemampatan selama 10 hari. Fiber pengukuh menghalang keretakan, menyerap tenaga dari hentaman, dan memberikan keadaan yang stabil jika berlaku kerosakan. 


MUDAH LENTUR
CC mempunyai ciri seperti fabrik yang akan mengikut rapat bentuk tanah dan boleh dimuatkan disekeliling infrastruktur sedia ada. CC lembut boleh dipotong dengan menggunakan peralatan tangan yang asas.